Scary Hongkong Commercial : The 7th Kid that Supposely only 6 Kids

April 11, 2008 – 12:43 am

You can Download the video here or Watch it Below

http://www.veoh.com/videos/v6815361MSXrrm2m

Pandang betul betul dan baca petikan di bawah dengan teliti.
Tengok berulangkali, baru anda perasan, ada kanak-kanak yang ketujuh.

Memang menakutkan dan iklan ini telah diharamkan untuk ditayangkan di stesen
tv di hongkong kerana kanak-kanak lelaki yang gemuk itu telah mati seminggu
selepas penggambaran iklan ini. Baca petikan ini dengan teliti


Online Videos by Veoh.com

See if you can spot the 7th girl…..
How true is it? …hmmmm this advertisement is very popular in
hk cos most of the ppl has seen something extra in this adv. when
the director of the ads review the ads at midnight, he discovered that there
were supposed to be 6 children playing but there is 1 extra person at
the back. Soon, the last kid died.

The ads was immediate stopped but it has already become very popular in hk.
A lot of ppl are talking abt it. Very eerie!!! on 25sec -27sec,
the last person is a fat boy, but his shoulder was held by a gal who was
nodding her head ( she has 2 pony tails). It’s at the last scene when everybody is looking in front.
look at the last person.

Instead of the fat boy, its a girl. When everyone of the kid’s face is close up, u
can see the little girl with her head looking down. muz watch it very carefully
cos it’s only 1 sec. at the last scene, the fat boy is the last 1, then who is the girl?


Tags: , , , , , , , , ,

Khalwat : Bantah hukuman untuk non-muslim

April 4, 2008 – 4:06 am

Hari ni selepas selesai PersonaGrata dr tugas² berat presenting Final Year Project maka apabila melabuhkan punggung di depan skrin komputer yang usang ni, tertarik pulak satu artikel yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini (Rajin sungguh PersonaGrata baca MalaysiaKini)

Artikel yang berbunyi “Khalwat: Bantah hukum bukan Islam” itu sedikit sebanyak tertusuk dalam benak sanubari Persona Grata. (kita baca artikel tu kat bawah nanti). Sebenarnya sebagai seorang warganegara Malaysia ini, PersonaGrata tersangatlah pelik. Kenapa kita dinamakan Malaysia sebuah negara Islam? walhal undang-undang terlaksana bukanlah relevan dengan undang-undang syariah yang sedia ada? Bukan lah tujuan disini nak menuding jari pada siapa2? cuma nak diajak berfikir. Sebenarnya kita bangsa melayu ni macam bertakuk lama dan membuat semua perkara yang takut hilangkan kredibiliti kita sendiri.

Maksud disini ialah, Apakah yang dimaksudkan negara Islam? kalo betul kita negara Islam. Adakah kita implement tatabudaya seperti Negara Islam yang lain. Jika tidak, buat apa kita label negara Islam sedangkan kita bukan berpusat 100% kepada tiang agama dalam pentadbiran negara. Hanya sekadar nama? buat apa? Muka tak malu jaja nama Islam sana sini? maka lebih elok kan kalo kita buat NEGARA MAJMUK jika dan hanya jika tak boleh nak Implemen apa yg dinamakan seperti asalnya iaitu Negara Islam. Pandangan peribadi disini maksudnya ialah. Kalau kita tak mampu behold tanggungjawab nak menjalankan pentadbiran Negara Islam. Jangan la memalukan ISLAM. Buat sahaja negara majmuk. Habis cerita. Ni , pelacur melayu terabur sana sini. Petik sana terus boleh langgan. Apa cerita ni?

Read the rest of this entry »


Tags: , , , , , , , , , , ,

Tun Mahathir Sekat BPR Bongkar Rasuah?

April 4, 2008 – 3:30 am

Pelik dengan isu kini tapi ini lah hakikatnya. Daripada sumber MalaysiaKini yang dipetik berbunyi -> Tun Dr Mahathir Mohamad wajar disiasat berhubung dakwaan cuba menghalang Badan Pencegah Rasuah (BPR) membongkar kemungkinan penyelewengan pegawai kanannya di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

param cumaraswamy“Dr Mahathir juga harus dipersalahkan atas krisis yang muncul kini dalam badan kehakiman, polis dan BPR,” katanya, “dan jika kita sebagai satu bangsa mahu maju lagi, kita mesti membetulkan kecacatan dalam sistem bernegara dengan membongkar akar umbi permasalahan dan membanterasnya depan-depan.”

Menurut Param, seperti kenyataannya yang diedarkan kepada media semalam, sebahagian keterangan yang beliau maksudkan seperti berikut:

Peguam bela: Adakah Datuk menggeledah pejabat ketua pengarah EPU di JPM?
Saksi (Shafee): Ada

Peguam
: Ada sesiapa yang meminta anda menutup kes itu?
Saksi: Ya, perdana menteri (Dr Mahathir).

Peguam: Ceritakan keadaan yang menyebabkan perdana menteri meminta anda menutup siasatan itu.
Saksi: Ya, saya dimarah, “beraninya anda menyerbu pejabat pegawai kanan saya?” Saya terperanjat dan menjawab “ia dibuat berdasarkan satu aduan pihak yang terlibat.”

Saya menjalankan tugas seperti diperuntukkan undang-undang. Beliau (Dr Mahathir) menuduh saya cuba memerangkap bekas ketua pengarah EPU.

Saya menjawab, tidak benar sama sekali kerana salah di sisi undang-undang memerangkap seseorang. Sebagai seorang Islam, berdosa besar mengenakan orang lain.

Beliau bertanya saya “apakah Anwar menyuruh anda menggelidah pejabat itu?” Saya jawab “tidak”.
More…(Berita Penuh)

Sumber: MalaysiaKini


Tags: , , ,

Sekolah Di Dalam Gua : School In A Cave

March 20, 2008 – 5:43 pm

Pernahkah saudara melihat atau membayangkan anda bersekolah di dalam gua? PersonaGrata sendiri tidak pernah terfikir akan belajar di dalam gua. Yerla kan! dari kecil sampai besar asyik sekolah di bangunan yang tersergam indah sampai tidak pernah memikirkan ada ke orang Sekolah di dalam gua?? Masa kecil- kecil dulu PersonaGrata tiap hari lalu bersebalahan Gunung Lang di Ipoh semasa dalam perjalanan nak ke sekolah. Walalupun dalam perjalanan tu selepas melalui Gunung Lang ada Ipoh Temple “Perak Tong”, apa yang PersonaGrata nampak ramai pelancong datang sana tanpa membayangkan entah-entah ada sekolah di situ.

Sampai begitu sekali kan kita terlalu alpa dalam pendudukan yang aman damai. Tapi apa dalam gambar ni bukanlah perjalanan hidup susah nak dipaparkan tu. Tapi semangat belajar yang tinggi di kalangan penduduk negara China sehingga boleh belajar di mana-mana. Kalo macam kita dulu belajar di sekolah pondok kan? tapi sekolah ni bukan la macam sekolah pondok. Ia macam sekolah kita yang betul. Cume ia berada di dalam Gua. Yang menariknyer. Segala peralatan dari bahan sumber alam semulajadi. Contohnya “Basketball Court”. Tempat nak score tu yang tiang Michael Jordan selalu buat “Slam Dunk” tue, tiang dia diperbuat daripada kayu tu :P

Ni kalau buat Slam Dunk ni agak-agak patah tak? hehe.. apa pun moh kita tengok gambar kat bawah ni:

image001.jpg

 

Read the rest of this entry »


Ramalan: Rahsia Anda dan nombor

March 18, 2008 – 1:24 pm

Setelah semua agenda politik selesai di setiap negeri, PersonaGrata dah puas dah kot berceloteh kesah-kesah politik ni. Blog ni bertujuan untuk PersonaGrata share ngan kawan-kawan semua apa yang menarik bagi diri ini. Tapi macam dah jadi blog politik lak. Biasalah, musim hangat berpolitik ye dak. :P

Ok! Hari ini meh kita tengok apa kaitan nombor dengan diri and. Moh kiter same-same bacer. Teman bentang kat sini kasi mike sumer bace.

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

PENERANGAN

Read the rest of this entry »


Rasmi: Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin MB baru Perak

March 17, 2008 – 8:49 pm

Hari ini Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin disahkan menjadi Menteri Besar Perak dan juga Mat Isa juga sah menjadi Menteri Besar Perlis yang baru setelah jatuhnya pimpinan dari tangan Shahidan Kasim. Berbalik kepada berita tentang Perak memandangkan saya ialah orang perak. :)
Upacara rasmi yang dinantikan oleh rata-rata penduduk Perak tersebut berlangsung jam 11.40 pagi tadi di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Perak.

Mohammad Nizar, 51, menerima watikah pelantikan sebelum diteruskan dengan majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Menteri Besar yang ke-10.

Yang menariknya, hari ini juga merupakah hari lahir Mohammad Nizar, jadi amat bermakna sebenarnya hari ini, bak kata orang ramai, inilah hadiah besar juga buat Ir. Mohd Nizar selepas majlis itu yang dijadualkan Khamis lalu, terpaksa ditangguhkan kerana DAP, PKR dan PAS tidak mencapai kata sepakat dalam penubuhan kerajaan campuran.

Lagi Menarik!!

Ir. Mohamamd Nizar mengejutkan penduduk negeri di forum yang dilancarkan oleh wartawan cina di Perak apabila beliau sangat berkebolehan bertutur dalam bahasa mandarin, kantonis dan tamil. Bahasa Inggeris dan Melayu apatah lagi cair dimulut. Kalau macam ni lah nampaknya. Tak perlulah ada timbalan menteri. Pandangan peribadi ajer :)

Dibawah ialah petikan berita tentang ramai wartawan cina yang amat teruja dan t erkejut dengan kebolehan beliau serta menyambut baik beliau menajadi MB Perak yang baru.

IPOH, MALAYSIA: Perak Menteri

Besar-designate Mohammad Nizar Jamaluddin

of PAS turned up at the ”What’s Coming Next”

political forum held in Ipoh Sunday (16 Mar) and

immediately stunned the Chinese crowd by

speaking in Mandarin, Hokkien, Cantonese,

Tamil, then in English and Malay.

 

The audience was speechless then gave the PAS leader a rousing applause. The forum was organized by Guang Ming Daily, Sin Chew Daily, Eye Asia and Sin Chew-i an dheld at Dewan Dou Mu in Ipoh at 2pm and attracted 3000 people. Speakers included PKR national vice-president Dr Lee Boon Chye, Perak DAP chief Ngeh Koo Ham, Wangsa Maju Member of Parliament Wee Choo Keong and Sin Chew’s Deputy Chief Editor Tay Tian Yan.

Mohammad Nizar, an accomplished enginneer, was not a speaker but was invited to the forum by Ngeh.

_______________________________________________

Sedikit pengenalan diri dari sumbangan MalaysiaKini:

Mohammad Nizar menyertai PAS pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi parlimen Kuala Kangsar dalam pilihanraya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya, Datuk Seri Rafidah Aziz.

Beliau yang ditemani isterinya Fatimah Taat pada majlis itu, mempunyai lapan orang anak - lima lelaki dan tiga perempuan.

Sepanjang berkecimpung dalam politik bersama PAS, beliau telah memegang beberapa jawatan iaitu bendahari badan perhubungan PAS Perak dan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar.

Menteri Besar Perak yang baru itu memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Anglo Chinese (ACS) Kampar sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Anglo Chinese (ACS) Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh, dan menyambung pengajian peringkat A-Level dan ijazah di England.

Beliau memulakan kerjayanya bersama Jabatan Kerja Raya sebelum menjadi jurutera Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

_______________________________________________________


MB Perak angkat sumpah esok 17 March 2008

March 16, 2008 – 10:33 pm

Sumber: MalaysiaKini

Majlis angkat sumpah jawatan menteri besar Perak akan diadakan pada jam 11.30 pagi esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Perak, Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor hari ini.

perak cm mb mohamad nizar jamaluddinDalam kenyataannya kepada Bernama, Abdul Rahim berkata pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah telah berkenan mengadakan majlis tersebut.

Sehari sebelum setiausaha PAS Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS, dijadual mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak Khamis lalu, pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan mengarahkan semua 18 wakil rakyat DAP di negeri itu supaya jangan menghadiri majlis tersebut.

Beliau bagaimanapun menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada sultan dan pemangku sultan Perak.

Bagaimanapun, pada sebelah paginya, PKR pula mengancam akan keluar dari kerajaan campuran dengan DAP dan PAS, kerana kerana tidak bersetuju dengan pembahagian kerusi exco negeri.

Perkara itu selesai selepas mesyuarat antara ketiga-tiga parti berkenaan memutuskan PKR diberikan tiga jawatan exco berbanding satu saja sebelum itu.

DAP pula mendapat enam kerusi exco berbanding lapan dalam peruntukan awal manakala PAS kekal dengan satu kerusi exco, selain jawatan Menteri Besar.

Berikutan ketidaksefahaman antara ketiga-ketiga parti yang menganggota kerajaan campuran di Perak itu, maka Raja Dr Nazri telah menangguhkan majlis angkat sumpah menteri besar.

Baginda juga menitahkan kesemua 31 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari DAP, PKR dan PAS menandatangani surat persetujuan menubuhkan kerajaan campuran dan menerima pelantikan Mohammad Nizar, yang juga Adun Pasir Panjang, sebagai menteri besar.

Surat berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Abdul Rahim untuk dipersembahkan kepada Raja Dr Nazrin Shah pada jam 5.30 petang Jumaat.


Reaksi kepada Mukhriz Bahagian II

March 16, 2008 – 9:28 pm

Sumber : kudaranggi.

Azhar Ibrahim tak faham Perlembagaan UMNO

Azhar Ibrahim, setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, jelas tidak faham isi kandungan yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO apabila dia meminta Ketua Pemuda UMNO Hishamuddin Hussein memecat ahli Exco Pemuda yang terpilih sebagai Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir (Foto).

Bukan pecat sebagai Exco Pemuda tetapi sebagai ahli UMNO.Cukup hebat desakannya itu.

Azhar, yang juga mantan Ahli Exco Kerajaan BN yang tumbang baru-baru ini, marahkan Mukhriz kerana anak mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad itu menulis surat kepada PM Abdullah Ahmad (Pak Lah) supaya letak jawatan. Sepatutnya, dia menghormati pendirian tegas dan berani Mukhriz demi kelangsungan hidup UMNO itu sendiri.

Sekiranya Azhar membaca Perlembagaan UMNO, dia akan tahu bahawa Ketua Pemuda tiada kuasa untuk berbuat demikian. Inilah masalah dengan pemimpin bawahan UMNO yang dalam nada mengampu membuat desakan yang amat kurang bijak (saya dah malas nak gunakan perkatan bodoh). Sebenarnya, banyak pemimpin UMNO yang tak baca Perlembagaan apatah lagi mengetahui semangat Perlembagaan itu sendiri.

Apakah UMNO mengamalkan dasar kuku besi sehingga tiada ahli yang boleh membuka mulut untuk menyuarakan pendapat yang tidak popular seperti yang dilakukan oleh Mukhriz Mahathir? Bukankah apa yang dilakukan oleh Mukhriz adalah satu amalan lazim dalam sistem demokrasi? Nampaknya, gambaran yang diberikan menjurus kepada tanggapan bahawa UMNO bukan sebuah parti yang demokratik. Itulah gambarannya wahai Azhar Ibrahim.

Isu yang dibangkitkan oleh Azhar dan beberapa kerat pemimpin pertengahan dan bawahan UMNO melibatkan isu disiplin.

Oleh itu, ia mesti dirujuk kepada FASAL 20 Perlembagaan UMNO yang memberi kuasa kepada Majlis Tertinggi (MT) menubuhkan Lembaga Disiplin dan menentukan peraturan-peraturan, kuasa-kuasanya dan mengenakan hukuman kerana melanggar peruntukan Perlembagaan UMNO dan kesalahan lain yang disenaraikan di dalam Tataetika Ahli UMNO atau mana-mana peraturan lain.

Amat jelas Perlembagaan UMNO tidak memberi kuasa sedemikian kepada Ketua Pemuda UMNO atau mana-mana pihak lain melainkan, menurut Fasal 20.3, Majlis Tertinggi boleh menurunkan kuasa disiplin kepada mana-mana Jawatankuasa di peringkat Perhubungan Negeri atau Bahagian.

Fasal 20.3 juga tidak menyebut yang kuasa itu diperturunkan kepada Ketua Pemuda UMNO atau pihak-pihak lain. Ini cukup jelas.

Dengan itu, desakan Azhar supaya Ketua Pemuda UMNO mengambil tindakan memecat Mukhriz dengan sendirinya memperlihatkan betapa ceteknya pengetahuan beliau mengenai Perlembagaan UMNO. Kalau tak tahu dan tak faham, jangan bercakap.

Untuk pengetahuan Azhar, mari kita fahami FASAL 10 PERLEMBAGAAN UMNO - TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI

Kita terus ke Fasal 10.10: Melucutkan jawatan mana-mana Ahli Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Cawangan atas apa-apa sebab sekalipun.

Fasal ini memberi kuasa melucutkan jawatan kepada Majlis Tertinggi sekiranya ia membabitkan barisan kepimpinan parti peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan. Kuasa itu hanya diberikan kepada MT dan bukan kepada pihak lain.

Dalam hubungan inipun ia tidak boleh dikenakan ke atas Mukhriz apatah lagi oleh Ketua Pemuda UMNO.

FASAL 20 juga menggariskan langkah-langkah yang kena diambil sebelum seseorang ahli itu boleh dipecat. Ini diperjelaskan dalam Fasal 20.9 iaitu:-

(a) Diberi amaran;
(b) Digantung hak-haknya dalam parti;
(c) Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi;
(d) Dipecat daripada parti;
(e) Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.

Azhar dan sesiapa jua ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan pendirian berani Mukhriz Mahathir atau mana-mana ahli parti yang lain, tidak boleh membuat kenyataan sesuka hati meminta orang yang mereka tidak setuju itu dipecat.

Mereka kena ikut saluran parti seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan UMNO.

Kedudukan UMNO dan BN di Dewan Rakyat agak rapuh. Sokongan setiap ahli Dewan amat penting dan diperlukan. Jika ahli UMNO dengan begitu mudah nak pecat ahlinya yang juga Wakil Rakyat, apa kesudahannya? Adakah Azhar Ibrahim memikirkan persoalan ini?

Apa yang dapat saya amati, suara Azhar Ibrahim tiba-tiba begitu kuat dilalakkan selepas BN tewas dan setelah dia sendiri terlepas peluang untuk meneruskan untung nasibnya selaku Ahli Exco Kerajaan Negeri. Sebelum ini, kita amat jarang mendengar suara Azhar Ibrahim.

Azhar dan rakan-rakannya perlu menerima hakikat tentang apa yang berlaku. Segala-galanya ditentukan oleh Allah. Bukan manusia.


MUSA SENDIRI TOLAK DEB DI WPI DI JOHOR

March 15, 2008 – 7:37 pm

Kenyataan Musa tidak telus
Sumber: wrlr


BATU PAHAT: Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang mencadangkan dasar mengutamakan Bumiputera dalam pembangunan dihentikan bagi menarik pelabur asing ke Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), mengelirukan.
“Kejayaan banyak syarikat multinasional milik Bumiputera mendapat kontrak di luar negara tanpa bantuan kerajaan membuktikan kewibawaannya untuk menyiapkan projek mengikut jadual ditetapkan.

“Kejayaan syarikat Bumiputera melaksanakan pelbagai projek mega di negara ini juga membuktikan bahawa mereka memang berdaya saing, mempunyai merit serta kompetitif,” katanya

Beliau diminta mengulas kenyataan Musa berhubung dasar kerajaan memberi keistimewaan kepada Bumiputera dalam pembahagian ekonomi yang didakwanya boleh menghalang pelabur asing menanam dana di WPI.

“Saya kesal dengan kenyataan beliau yang seolah-olah memperlekehkan keupayaan orang Melayu dan menganggapnya sebagai amat tidak wajar serta boleh mengelirukan orang ramai,” katanya.

Johor is a home ground of 500,000 of the 3.2 million UMNO members. Johor Bahru is the birthplace of UMNO 60 years ago. Musa’s call will not go well with the Malays’ sentiments, especially in Johor. The irony is that, Musa Hitam himself is a Johor Bahru native. He is an English College alumnus. In 1969, he was sacked as a Junior Minister of Tunku Abdul Rahman Putra’s administration and from UMNO because of his ‘ultra Malay’ stance against the the administration’s lackluster attitude towards the needs and demands of the Malays, being gravely under developed.

It seems Musa is a changed man now. Even his one time partner-in-crime Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah says so. Of course, this call by Musa will not earn points from former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad’s sharp political criticisms, expected in Kulai, next week.

There is a suggestion that a special forum be organised soon, to react on Musa’s call. Anyone could guess, it will not be a pretty place for Musa to hear about it.


Reaksi Hishammuddin kepada Mukhriz dipersoalkan

March 15, 2008 – 7:20 pm

Hishammuddin gali kubur, KJ paling dibenci
Abdul Halim Mohd Rashid
harakahdaily

“Tidak bertanggungjawab!!”

Itulah bait-bait Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terhadap Pengerusi Biro Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) pergerakan itu, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz mengutus surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau berundur serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Ketika menuduh Mukhriz tidak bertanggungjawab, Hishammuddin sempat mengangkat dirinya sebagai “tidak akan lari daripada tanggungjawab selagi saya menjadi Ketua Pemuda dan amanah yang diletakkan di atas bahu saya akan dipikul dengan penuh azam”.

Memang, dia tidak akan lari dari tanggungjawab menggali kubur politiknya bersama-sama Abdullah dan menantunya, Khairy Jamaluddin.

“Gali, galilah kubur politik engkau bersama-sama Khairy dan bapa mertuanya, Hishammuddin!” kata seorang rakan di dalam Umno yang ditemui tadi.

Selepas Allahyarham Tunku Abdul Rahman Al-Haj dalam pilihan raya umum 1969 (Perikatan banyak kehilangan kerusi diwakili Melayu di samping kerusi-kerusi lain) dan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pilihan raya umum 1999 (Barisan Nasional hanya mendapat 35 peratus undi Melayu), siapa boleh menafikan Khairy adalah orang yang paling dibenci oleh orang-orang Melayu? Bukan sahaja orang-orang Melayu, malah majoriti besar rakyat.

Apa yang didakwa kemenangannya di Rembau semakin dipertikaikan (selain gangsterisme yang didedahkan oleh Che’ Gu Bard, bagaimana 957 undi untuk Parlimen Rembau hilang?). Jangankan orang lain, orang-orang Umno sendiri tidak percaya Khairy menang. Mereka menuduh beliau wakil postal (votes). Bukan wakil rakyat.

Selepas dibenci, Tunku dikasihi manakala Dr Mahathir pula dihormati. Ketika Tunku kembali ke sisi Tuhannya, beribu-ribu rakyat berebut-rebut untuk mengerjakan solat jenazah untuknya di Masjid Zahir, Alor Setar.

Pandangan-pandangan Dr Mahathir pula sehingga kini ditagih oleh rakyat. Kenyataan-kenyataannya dijadikan senjata untuk memerangi Abdullah dan Khairy serta juak-juak mereka dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Bagaimana dengan Khairy? Orang-orang Umno sendiri memeranginya sekarang. Kebencian mereka terhadap Khairy meluap-luap sehingga ke tahap menuntut bapa mertuanya berundur.

Pada masa yang sama, dalam usaha terdesak untuk mempertahankan kepimpinan Abdullah, mereka yang dituduh sebagai “orang-orang Khairy” mengadakan tunjuk perasaan di sana sini.

Mereka menggunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai slogan perang atau battle cry mereka.

Kalau bosan dua tiga hari ini, bolehlah bergelak ketawa dengan berita-berita seperti “3,000 bantah hapus DEB di P. Pinang” (Utusan Malaysia), “Bertam buat laporan polis berikutan kenyataan Guan Eng” (Bernama), “Peguam buat laporan polis terhadap Guan Eng” (Utusan Malaysia), “Pentadbiran baru kerajaan Selangor didakwa boneka DAP ” (Utusan Malaysa), “DAP lupa fakta DEB � Samy Vellu” (Utusan Malaysa), “DEB: Umno demo bantah Guan Eng” (Malaysiakini), “Hapuskan DEB tindakan orang buta sejarah” (Bernama) “Tindakan DAP hapus DEB akan cetus ketegangan antara kaum, kata Khoo” (Bernama), “DEB: Guan Eng diselar” (Utusan Malaysia), “KM Pulau Pinang berdolak-dalik”(Utusan Malaysia) dan banyak lagi.

Tetapi yang paling kelakar ialah berita Utusan Malaysia bertajuk “Amaran kepada Guan Eng - Jangan buat kenyataan semarakkan ketegangan kaum � PM”.

Kononnya!

Kenapa Abdullah tidak cakap mengenai ketegangan kaum ketika pentadbirannya membuang DEB? Dalam posting bertajuk “Bila Mahathir dan Razaleigh berkongsi pentas”, Datuk A Kadir Jasin melaporkan:

Tengku Razaleigh dalam pidatonya yang kemas dan mantap menyesali tindakan-tindakan yang menyebabkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) seperti yang diilhamkan oleh Tun Abdul Razak gagal mencapai matlamatnya.

Beliau lebih kecewa kerana kini Umno dan pemerintahan yang dipeloporinya bukan sahaja tidak lagi komited kepada idealisme DEB, malah bulat-bulat menolak serta bertindak dengan cara yang mensabotaj keunggulan visi Tun Abdul Razak itu.

Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh merujuk kepada konsep pokok Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) dan pewujudan dua zon bebas (Free Access Zone) sebagai contoh mutakhir penolakan DEB oleh pentadbiran sekarang.

Kedua pemimpin veteran itu bimbang aset negara, khasnya yang dipegang oleh Bumiputera, akan jatuh ke tangan orang asing dan tidak mungkin boleh ditebus kembali.

Dalam posting bertajuk “DEB sedang tenat atau sudah ditalkinkan” pula, Kadir melaporkan:

Beberapa saat sebelum khatib Masjid Negara membaca khutbah Jumaat 15 Jun memuji pemimpin negara kerana menaikkan gaji kakitangan awam, seorang eksekutif kanan sebuah bank berbisik kepada saya.

Katanya, di dalam suatu majlis anjuran Kelab Perniagaan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Business Club), seorang pembesar negara yang sangat besar berkata Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan dihapuskan.

Mengikut cerita beliau yang disampaikan secara tergesa-gesa kerana khatib akan memulakan khutbah memuji pemerintah, seorang eksekutif asing bertanya kepada pembesar yang sangat besar itu apakah syarat pemilikan Bumiputera yang dikecualikan di Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) akan diperluaskan ke seluruh negara jika IDR berjaya.

Pembesar yang sangat besar itu, menurut eksekutif bank terbesar di Persekutuan Malaysia itu berkata: Jawapan ringkasnya adalah ya.

Untuk penjelasan lanjut mengenai penghapusan DEB di Wilayah Pembangunan Iskandar itu, sila baca posting blogger Umno, The thirteen million plus Ringgit guy bertajuk “Musa calls NEP be revoked in South Johor?”.

Sebab itulah seorang lagi blogger Umno, A Voice bertanya, entah di manakah Umno semasa Tun Musa Hitam dan Pak Lah mengakhirkan DEB di WPI?

Mempertahankan pemerintahan Abdullah, yang menurut Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu sudahpun nyawa-nyawa ikan, akan membawa kehancuran dan pemberontakan lebih besar. Bezanya, pemberontakan kali ini bukan dari rakyat umum tetapi dari ahli-ahli Umno sendiri.

p/s: Ayat² drastik telah digubah .